sebarkan kebaikan ^^

hehe..tadaa!!! mende ni nama dia inche Bebola Kristal.. isk..mcm kristal ke? haha..ni tuan punye resepi yg kata cmtu..kalo aku, aku pggl kuih traffic light je.. meh try resepi kuih raya ni..mmg best..lembut jek..=)
(secara ikhlasnye aku mengaku ni kali pertama aku puas hati ngn kuih raya yang aku buat! yeayy!!! hehehe.. so pasni maybe utk akan dtg, umah aku xpayah bli lg kuih raya kot..muehehehe..tahun ni aku try test power jek..mcm ade power jek ni..haha)

Bahan-bahan:
Bahan A;
250 gram Minyak sapi (boleh campur sedikit mentega jika mahu)
130 gram Gula ising
Sedikit garam
Bahan B;
300 gram Tepung naik sendiri
120 gram Tepung jagung
50 gram Badam (dikisar halus)
100 gram Kacang tanah (dibuang kulit, dikisar)
1/2 cawan Gula kaster
Pewarna kuning, merah, hijau.
Cawan kertas (kecil)
Cara-cara:
1. Pukul bahan A hingga kembang.
2. Masukkan bahan B dan gaul rata sehingga menjadi doh (jika doh relai tambahkan mentega).
3. Bahagikan doh kepada 3 bahagian.
4. Warnakan bahagian-bahagian tersebut masing-masing dengan warna kuning, merah, dan hijau.
5. Gelintir bulat-bulat dengan campuran 3 warna.
6. Masukkan ke dalam cawan kertas dan bakar.
7. Setelah masak, taburkan gula kaster.
~sila la kamu mencuba~
weeeeee ^^

Comments

aFEduiTe said…
adalah lebih sesuai dan menarik di mata sekiranya warna-warni kueh ini ditukar kepada warna-warni bendera negeri kelahiran kueh ini..iaitu BIRU..MERAH..KUNING..dan PUTEH..just my 2 cents..hahaa..
afeduite:

menarik gak idea tu.. try la buat then kasi report sket..haha

Popular Posts