perlukah beraya???

Lebih kurang 5 hari lg semua umat Islam kat Malaysia dan yg sewaktu dengannya akan menamatkan sesi berpuasa di bulan Ramadhan..dan diraikan kemenangan menjalankan ibadah puasa beserta amal ibadah yg lain dengan Aidilfitri.. aku ade bace tulisan abu saif psl aidilfitri..sebelum tu try hayati sepotong hadis Nabi SAW;
.
“Jibril mendatangiku seraya berkata; “Barangsiapa yang mendapati bulan Ramadan, lantas tidak mendapat ampunan, kemudian mati, maka ia masuk Neraka serta dijauhkan Allah (dari RahmatNya)” Jibril berkata lagi, “Ucapkan “Amin”. Maka kuucapkan”Amin”
.
.
T_T sgt menggerunkan.. betapa kerasnya amaran ni kepada kita kan? tp tu lah hakikatnya.. tanya hati kecil masing2.. disitulah jawapannya.. sedeyy..
Sambung semula pasal aidilfitri..kenapa kita raikannya?
.
Jawapannya : sebagai meraikan Islam nya kita..
.
Ape yg kita raikan???
.
Sesungguhnya, yang kita raikan adalah hakikat diri kita sebagai seorang Muslim. Kita raikan anugerah terbesar pemberian Allah ini. Islam yang telah memuliakan kita, meletakkan harga diri kita yang tinggi dan Islam yang memelihara martabat kemanusiaan kita. Islam itu adalah Islam yang telah disempurnakan oleh Allah, Islam yang menjadi penyempurna nikmat Allah kepada kita dan Islam yang telah diredhaiNya sebagai jalan hidup. Pujilah Allah di atas nikmat ini.
Kerana Islam, kita terpelihara daripada menjadi hamba kepada dunia dan harta benda. Kerana Islam juga, kita terselamat daripada menjadi hamba kuli kepada nafsu. Dengan Islam juga kita bebas merdeka daripada menjadi hamba kepada sesama manusia. Islam jugalah yang menjadikan kita berdiri mulia, walaupun sebagai minoriti Ghuraba’ di tengah ramai.
Bahkan Islam itu juga menjadikan kita gigih dan cekal untuk terus bertahan walau diasak dari segenap sudut yang boleh menindas. Ditindas hak-hak asasi manusia, ditindas pemikiran, ditindas idealisma perjuangan, ditindas ekonomi, ditindas sosial, ditindas siasah dan ditindas pada sekalian sudut kehidupan yang ada. Tetapi pernahkan kita merasakan Islam diri semakin rapuh dan lapuk dimakan anai-anai? Tidak sama sekali. Bahkan tekanan itulah yang menjadikan kita semakin yakin bahawa ia Sunnatullah yang menjanjikan kemenangan mutlak bagi mereka yang berjaya menempuhnya. Kita tidak pernah bersifat apologetik dengan prinsip Islam dan perintah Allah yang dijunjung bahkan kita sentiasa tegas dan berani memuliakan Islam, dan menyembah Allah di tengah-tengah dunia fitnah dan serba kontra. (abu saif)
.
.
Maka..dah faham kenapa kita raikan Islamnya kita?
.
.
Dan bg aku sendiri..aidilfitri a.k.a hari raya ni juga merupakan hari bagi memperkukuhkan lg institusi kekeluargaan.. cmne tu?? okay..try tnye kpd diri sniri..atau lihat je keadaan sekeliling..atau lihat je kpd diri sniri.. bila hari raya.. kebiasaannya org akan berusaha mengambil cuti utk menyambut hari raya..sbb ape? utk berkumpul dgn keluarga..tapi kalo hari2 biasa? boleh jugaaak..tp jarang2 kn berlaku? (bg yg duduk berjauhan..) kadang2 nk mintak cuti pun ssh sbb boss xbg..tp kalo nk raya..boss pun paham..-raye-..so xke hari raya ni merupakan kesempatan utk kita memperkukuhkan lg nilai kekeluargaan?..dengan aktiviti2 kebiasaan + adat yg biasa dilakukan..oke jom try tgk satu2.. (ikut pengalaman aku la..org lain maybe lg meriah + mcm2..)
.
.
sehari sblm tibanya 1 syawal..menyediakan juadah hari raya bersama-sama.. mengacau dodol, membakar lemang..masak rendang..rebus ketupat.. bg yg kanak2 plak..main bunga api..main mercun pop2..(mercun xblh dah T_T) ..pasang pelita.. hurmm..xke sket punye meriah..sambil tu dapat merapatkan silaturrahim.. sgt membantu utk mmperkukuhkan lg institusi kekeluargaan.. oh lupa..bg anak2 dara plak..mlm raya mesti kene buli menggosok baju! peh..tu yg plg menyampah..dan malang sket bg aku sbb adik beradik aku ramai laki >_< ..so biasenye akan menggosok baju secara berjemaah ngn sepupu sepapat..kerja yg membosankan pun jd meriah! huhu
.
.
dan bila 1 syawal plak..semua bangun pagi dgn ceria.. mesti ade yg bising mengingatkan kami niat mandi sunat hari raye.. bersiap2..solat sunat aidilfitri.. ziarah kubur..makan2 juadah hari raya yg telah disediakan beramai2.. kemudian start la acara berkonvoi ke rumah atok2 sedara yg ade..start dr aku kecik, tradisi tu xpernah pupus sbb tu merupakan salah satu cara nk mengekalkan hubungan silaturrahim kami dgn to sedara..duapupu..tigapupu..kupukupu..mase raye jela berjumpa..hr2 biase ssh nk jumpa.. so bila memasing dh besar2 ni..bila berkonvoi dtg umah org..rase mcm dh x muat umah org tu..haha..xpe..tu mmg trademark kitorg..berkonvoi mase 1 hr raya..so xleh nk dibubarkan clan Hj.Ismail nih! haha
So aku rase mmg amat penting utk aku dan generasi2 baya2 aku utk mengekalkan tradisi nih.. mmg agak susah.. tp tulah cabarannya..bila org kata hari raya ni makin lama makin dh x bermakna..sbnrnye bg aku..mende tu terpulang kpd diri masing2..dan semangat masing2.. sbb sejauh mana pun kita berfikir..serasional mana pun kita berfikir..tetap dipengaruhi dgn pengalaman hidup kita kn.. so bg aku.. pengalaman aku mcm nih..dan semangat utk teruskan tradisi ni masih kuat lg dikalangan kami dan akan diperkuatkan lg..thanks to previous generation especially arwah pakngah yg sgt mengambil berat tentang institusi kekeluargaan kami=)
~didikan kekeluargaan sgt penting..
.
.
Kita xtau ape akan berlaku di masa depan..yup..zaman berubah dan hari ni dh bermacam2 perkara yg dh dilupakan dan ditelan zaman..dan..ye..tradisi hari raya pun maybe akan hilang..tp bg aku..aidilfitri xkn hilang selagi kita ada ramadhan.. mcm yg sblm ni..meraikan Islamnya kita..cuma..mcm mane meraikan hari raya tu yg menjadi persoalan..so bg aku..to be rasional..maybe aku kene terima hakikat gak.. tp yg penting skali.. ikut rentak kehidupan..kalo sampai di pergunungan.. mendakilah kita..kalo sampai disungai..berakitlah..kalo sampai dilautan.. belayarlah.. kalo sampai dihutan..jungle trekking lah.. huhu..so maknanya.. selagi kita hidup kat zaman tu..kita raikan zaman tu dgn sewajarnya..jgn la disbbkan terlampau bersedia utk masa akn datang..kita rugikan perjalanan hidup kita yg sepatutnya dpt diwarnakan dgn bermacam2 pengalaman yg pahit dan manis..jgn biarkan ruang tu kosong..disebabkan terlampau mengejar masa depan yg belum tiba lg..sbb pengalaman merupakan 'sekolah hidup' utk masa akan datang..
uih..panjangnye aku membebel kali nih..ohh..ni cuma luahan hati sendiri yg mungkin boleh dikongsi dgn org lain..yg betul dijadikan cth..yg x btul..mohon diperbetulkan~
.
.
terima kasih sbb sudi mengeja dan membaca hingga ke tahap ini..^^
.
.
ucapan : Selamat Hari Raya Aidilfitri..maaf byk2 kalau ade salah silap..

Comments

aFEduiTe said…
SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu.

Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.

Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.

Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.
aFEduiTe said…
Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.

Kalimat 'fitri' sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.

Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa: "Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat."

Pada pagi hari raya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhwah dengan kunjung mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai.

Perlu diingat Islam tidak pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau melampau batas dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak.
aFEduiTe said…
Pada zaman Rasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba baru, kata sahabat ini: “Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat dapat menyambut Aidilfitri." Lalu baginda segera bertanya: "Kenapa wahai saudaraku?" Lelaki itu berkata: “Kerana saya tidak ada baju baru.”

Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain, agar sesiapa yang mempunyai baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna Islam tidak melarang sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada kisah tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik dengan mempunyai pakaian baru. Lalu, digalak sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan bersedekah apa saja kepada orang yang tidak berupaya.

Konsep hari raya selalunya dikaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang ringgit untuk membeli secara berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa kemudaratan seperti mercun dan bunga api amat salah di sisi agama. Mungkin pembaziran ini berlaku kerana masyarakat kita hidup dalam kemewahan.

Sepatutnya rezeki yang lebih itu disumbangkan kepada saudara seagama lain yang mungkin tidak dapat merayakan hari raya seperti kita.
aFEduiTe said…
Satu lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian duit raya. Islam tidak melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep pemberiannya itu. Usahlah kita mendidik anak-anak supaya berkunjung ke rumah jiran semata-mata dengan harapan anak akan diberi duit raya ini. Jika sebaliknya, maka pelbagai anggapan dan prasangka buruk diberikan kepada sesiapa yang tidak melazimkan pemberian itu. Misalnya, dikatakan kedekut, tangkai jering dan bakhil.

Menyentuh soal wang ini, satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam menjelang Aidilfitri ialah zakat fitrah. Wang zakat ini adalah sumbangan yang akan diberikan kepada golongan yang tidak berupaya, miskin, fakir dan sebagainya mengikut lapan asnaf yang ditetapkan syariat.

Jika Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat beberapa pengisian yang disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh menyimpang. Kedatangan Syawal sepatutnya menginsafkan Muslimin di sebalik makna kemenangan dan kejayaan dalam sambutan Aidilfitri, kita tidak sepatutnya melupakan tuntutan agama.

p/s: credit to http://www.bharian.com.my/klikkhas/salamaidilfitri/Artikel/Ihya/20090819162441/Article/index_html
yup..sangat betul.. dan perkara ni lah yg perlu kita semua faham bebetul..oleh itu..sy akan mengcopy paste artikel yg dicari oleh inche afeduite ni dan akan post sbg satu n3 lain..buleh ye..sebarkan kebaikan~

p/s: bersyukur sbb clan kami still meraikan hari raya Aidilfitri diatas landasan agama..semoga ia satu ibadah~ dan semoga cara ni dapat diteruskan dan diterapkan utk generasi2 akan dtg..

Popular Posts