Aidilfitri suatu ibadah ^^

SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu.Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.
.
.
Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.Kalimat 'fitri' sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa: "Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat."Pada pagi hari raya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhwah dengan kunjung mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai.Perlu diingat Islam tidak pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau melampau batas dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak.
.
.
Pada zaman Rasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba baru, kata sahabat ini: “Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat dapat menyambut Aidilfitri." Lalu baginda segera bertanya: "Kenapa wahai saudaraku?" Lelaki itu berkata: “Kerana saya tidak ada baju baru.”Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain, agar sesiapa yang mempunyai baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna Islam tidak melarang sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada kisah tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik dengan mempunyai pakaian baru. Lalu, digalak sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan bersedekah apa saja kepada orang yang tidak berupaya.Konsep hari raya selalunya dikaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang ringgit untuk membeli secara berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa kemudaratan seperti mercun dan bunga api amat salah di sisi agama. Mungkin pembaziran ini berlaku kerana masyarakat kita hidup dalam kemewahan.Sepatutnya rezeki yang lebih itu disumbangkan kepada saudara seagama lain yang mungkin tidak dapat merayakan hari raya seperti kita.
.
.
Satu lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian duit raya. Islam tidak melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep pemberiannya itu. Usahlah kita mendidik anak-anak supaya berkunjung ke rumah jiran semata-mata dengan harapan anak akan diberi duit raya ini. Jika sebaliknya, maka pelbagai anggapan dan prasangka buruk diberikan kepada sesiapa yang tidak melazimkan pemberian itu. Misalnya, dikatakan kedekut, tangkai jering dan bakhil.Menyentuh soal wang ini, satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam menjelang Aidilfitri ialah zakat fitrah. Wang zakat ini adalah sumbangan yang akan diberikan kepada golongan yang tidak berupaya, miskin, fakir dan sebagainya mengikut lapan asnaf yang ditetapkan syariat.Jika Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat beberapa pengisian yang disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh menyimpang. Kedatangan Syawal sepatutnya menginsafkan Muslimin di sebalik makna kemenangan dan kejayaan dalam sambutan Aidilfitri, kita tidak sepatutnya melupakan tuntutan agama.
.
.
(carian artikel oleh aFEduiTe di sini)
.
.
Semoga bermanfaat~

Comments

aFEduiTe said…
testing..testing..testing..
aFEduiTe said…
سجاره هاري راي دالم إسلام برمولا اڤابيلا راسولوللاه بيرهيجراه کي مدينه . باڬيندا منداڤتي اد دوا هاري راي يڠ دسمبوت اوليه بڠسا عرب ڤد ماس ايت .اڤابيلا راسولوللاه برتاڽ کڤد مريک اڤاکه دوا هاري راي ايت , مريک سڬرا منجاوب بهاوا دوا هاري راي يڠ مريک سمبوت ايت اداله ڤرايان يڠ ديواريسي سچارا تورون تمورون درڤد داتوق نينيق مريک .لالو راسولوللاه مڽاتاکن کڤد اورڠ عرب مدينه بهاوا إسلام مڠڬنتيکن دوا هاري راي يڠ کامو رايکن ايت دڠن دوا هاري يڠ لبيه برمعنا ياءيت هاري راي کوربن اتاو عيدا لاءضحى دان هاري راي فيتره اتاو عيدا لفطري .کونسيڤ هاري راي دالم إسلام جلس منونجوقکن بهاوا اي اداله ڤرايان کأڬامءن . اين برمعنا جک اي دسمبوت د اتس لندسن اڬام , مک هاري راي يڠ درايکن ايت اداله ساتو عبادة .عيدا لفطري دسمبوت سباڬاي سواتو کمنڠن باڬي اورڠ يڠ داڤت مڠرجاکن عبادة ڤواسا رامادن دڠن سمڤورنا .
aFEduiTe said…
کمنڠن ايت بوکن ساج منڠ کران برجاي مڠاول نفسو ماکن دان مينوم سلاما سبولن ڤد سياڠ هاري سڤنجڠ رامادن , ماله کجاياءن مڠهالڠ ديري درڤد ملاکوکن ڤرکارا دلارڠ , د مان جک دلاکوکن اکن ترباتل ڤواساڽ . کران ايت الله مڠنوڬيرهکن ساتو هاري اونتوق کيت سام -سام مراعيکن کجاياءن درڤد کمنڠن ايت .کليمت 'فيتري' سنديري برمقصود فيتره ياءيت دڠن کجاياءن ماءنسي باليق کڤد فيتره يڠ اصل . فيتره اصل اين سبنرڽ سواتو ڤرمولاءن کجادين ماءنسي يڠ سممڠڽ برسيه درڤد دوسا دان نودا .اوليه کران اي دکاتاکن سباڬاي ڤرايان کأڬامءن , مک چارا مڽمبوت هاري راي ايت سنديري ڤرلوله مڠيکوت ادب دان ڤرتورan ترتنتو . اڤابيلا ساج دعمومکن هاري راي , مک مولاکانلاه مالمڽ دڠن اکتيۏيتي عبادة . اين سڤرتي ممڤرباڽقکن سولت سونت , بيرتاسبيه , بيرتاکبير دان بيرتاهميد سباڬاي تندا کشکورن .دالم سبواه هاديس يڠ ديريواياتکان تبراني دري اوباداه بين سويب مڽاتاکن باهاوا: "سسياڤا يڠ مڠهيدوڤکن مالم عيدا لفطري دان عيدا لاءضحى دڠن عملن يڠ باءيق دان اخلاص کران الله , مک تيدق اکن ماتي هاتيڽ ڤد هاري سموا هاتي -هاتي اکن ماتي , ياءيت هاري کيامت ."ڤد ڤاڬي هاري راي دمولاکن دڠن ممبرسيه ديري , برسياڤ -سياڤ اونتوق کي مسجد منونايکن سولت سونت عيدا لفطري دان ستروسڽ مڠهيدوڤکن اخوه دڠن کونجوڠ مڠونجوڠ د کالڠن ساودارا مارا دان صحابة هنداي .ڤرلو ديڠات إسلام تيدق ڤرنه مڠاجر اوماتڽا اڬر اونتوق برلبيه -لبيه اتاو ملمڤاو باتس دالم مڽمبوت اڤ ساج ڤرايان . اين برمعنا إسلام مينيڬاه اوماتڽا ملاکوکن ڤيمبازيران دالم مڽمبوت هاري راي سڤرتي بوروس بربلنجا سمات -مات اونتوق برڬاي دڠن ڤاکايان ماهل دان کوءيه مويه ترلالو باڽق .
aFEduiTe said…
ڤد زمان راسولوللاه , داتڠ سرڠ صحابة کڤد باڬيندا دڠن بيرڤاکايان سربا بارو , کات صحابة ايني: “يا راسولوللاه , ڤد تاهون اين ساي تيدق داڤت داڤت مڽمبوت عيدا لفطري ." لالو باڬيندا سڬرا بيرتاڽا: "کناڤ واهاي ساوداراکو? " للاکي ايت بيرکاتا: “کيرانا ساي تيدق اد باجو بارو .”راسولوللاه کمودين برتاڽ کڤد ببراڤ صحابة لاءين , اڬر سسياڤا يڠ ممڤوڽاءي باجو بارو داڤت دبريکن کڤد للاکي تادي . اين برمعنا إسلام تيدق ملارڠ سسياڤا ساج اونتوق برڬاي دڠن باجو بارو . تتاڤي ڤڠاجرن درڤد قيصه تادي اياله دالم مڽمبوت هاري راي تيدق سموا برنصيب باءيق دڠن ممڤوڽاءي ڤاکايان بارو . لالو , دڬالق سسياڤا يڠ ايڠين ممبوات کباجيقن دڠن بيرسيديکاه اڤ ساج کڤد اورڠ يڠ تيدق براوڤاي .کونسيڤ هاري راي سلالوڽ دکاءيتکن دڠن ڤيمبازيران . ميمبيلانجاکان واڠ ريڠڬيت اونتوق ممبلي سچارا برلبيهan اتاو ممبلي سسواتو يڠ بوليه ممباوا کيموداراتان سڤرتي مرچون دان بوڠا اڤي امت ساله د سيسي اڬام . موڠکين ڤيمبازيران اين برلاکو کران مشارکت کيت هيدوڤ دالم کيميواهان .سيڤاتوتڽا رزقي يڠ لبيه ايت دسومبڠکن کڤد ساودارا سأڬام لاءين يڠ موڠکين تيدق داڤت مرايکن هاري راي سڤرتي کيت .
aFEduiTe said…
ساتو لاڬي بودايا يڠ لازيم برلاکو دالم سمبوتن هاري راي اياله ڤمبريan دوءيت راي . إسلام تيدق ملارڠ ڤمبريan اين , اسلکن تيدق ميلامڤاوي کونسيڤ ڤيمبيريانڽا ايت . اوساهلاه کيت منديديق انق -انق سوڤاي برکونجوڠ کي رومه جيرن سمات -مات دڠن هارڤن انق اکن دبري دوءيت راي اين . جک سباليقڽ , مک ڤلباڬاي اڠڬڠن دان ڤراساڠکا بوروق دبريکن کڤد سسياڤا يڠ تيدق ميلازيمکان ڤمبريan ايت . ميسلڽ , دکاتاکن کدکوت , تڠکاي جريڠ دان بخيل .مڽنتوه سوال واڠ اين , ساتو کيواجيڤن يڠ ڤرلو دتونايکن اوليه سموا اومت إسلام منجلڠ عيدا لفطري اياله زکاة فيتره . واڠ زکاة اين اداله سومبڠan يڠ اکن دبريکن کڤد ڬولوڠن يڠ تيدق براوڤاي , ميسکين , فاکير دان سيباڬايڽا مڠيکوت لاڤن اسنف يڠ دتتڤکن شريات .جک عيدا لفطري دسمبوت دڠن کڬمبيراءن يڠ ملمڤاو تنڤا مليهت ببراڤ ڤيڠيسيان يڠ دسبوتکن تادي , ڤستي توجوان اسلڽ جاوه مييڽيمڤڠ . کداتڠن شاول سيڤاتوتڽا مڠينسافکن مسلمين د سباليق معنا کمنڠن دان کجاياءن دالم سمبوتن عيدا لفطري , کيت تيدق سيڤاتوتڽا ملوڤاکن تونتوتن اڬام .
افيدويتي said…
terjemahan artikel di dlm n3 ini ke dlm tulisan dulu kala..hahaa..
haha..bagus2..kot2 la ade yg xreti baca tulisan zaman skarang..

Popular Posts