Ramadhan : sebuah persinggahan yang lumayan

HIDUP ini ibarat sebuah PELAYARAN yang jauh..destinasinya hanya satu..akhirat..iaitu hari pengakhiran segala urusan kita di dunia (-_-)..bila cakap pasal hari akhirat..rasa gerun sbb diri ni belum bersedia utk menghadapinya...terfikir tentang apakah bekalan yang dh aku kumpulkan sepanjang 23 tahun aku belayar menuju destinasi yang satu..sungguh selama ni terasa yang diri ni leka dan alpa dengan tujuan sebenar pelayaran ni..selama ni selalu terleka dengan pelbagai ragm kehidupan yang aku lalui disepanjang pelayaran trsebut..namun, Tuhan Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..dihadiahkan kita dengan bulan yang membawa rahmat yang tak terkira kepada kita.. jika diandaikan hidup ini merupakan sebuah pertandingan explorace dimana kita harus mengumpul sebanyak mungkin point, maka bulan Ramadhan ini ibarat sebuah pulau yang menyediakan pelbagai bonus untuk kita menangi agar point kita bertambah..tapi bukan senang untuk kita raih kesemua bonus tersebut..walaupun kita tahu caranya, ia tetap memerlukan keazaman dan kesungguhan diri sendiri dan yang paling penting keikhlasan.. refleksi kepada situasi sebenar.. apa yang telah kita lakukan sepanjang 2 hari Ramadhan telah berlalu?? pastikah kita telah melakukan sebanyak mungkin amal ibadah bagi mendapatkan keberkatan Ramadhan ini? sungguh..bg aku sendiri..memerlukan kesungguhan dan keazaman untuk merebut peluang yang sentiasa menunggu kita sepanjang bulan mulia ni..maybe dengan adanya checklist, lebih mudah untuk kita mendisiplinkan diri dan istiqamah dalam melakukan amal ibadah..so dibawah merupakan checklist amalan di bulan Ramadhan yang mungkin boleh dikongsi bersama..ingatan buat DIRI SENDIRI dan kamu2 yang lain..berusaha untuk men-setelkan setiap perkara..atas kemampuan dan keikhlasan..selamat beribadah! ^_~

CHECK LIST AMALAN DI BULAN RAMADHAN
1. Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut Ramadhan).
2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.
3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.
4. Solat Tarawikh 20 rakaat.
5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.
6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan bangun tepat jam 4.00 pagi.
7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat Tahjud, Solat Taubat dan Solat Hajat)
8. Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.
9. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.
10.Jangan tidur sesudah sahur.
11.Solat Subuh berjemaah di Masjid.
12.Tadarus pendek.
13.Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.
14.Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.
15.Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.
16.Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah baca Surah Al Kautsar 7 kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah Ikhlas 7 kali.
17.Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu jam diwaktu sahur)
18.Solat Zuhur berjemaah.
19.Tadarus pendek.
20.Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.
21.Solat Asar berjemaah di Masjid.
22.Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.
23. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan buah kurma atau buah tempatan.
24.Segera Solat Maghrib di Masjid.
25.Makan malam bersama keluarga.
26.Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh secara berjemaah.

RANCANG PENINGKATAN IBADAH RAMADHAN
1. Sepuluh hari yang pertama adakan muhasabah amalan.
2. Sepuluh hari yang kedua, pastikan keimanan bertambah kuat dan selaraskan dengan sempena Nuzul Quran.
3. Sepuluh hari yang ketiga kuatkan azam untuk beramal di malam Al Qadr :
i. Dengan melakukan Solat Maghrib,Isyak dan Tarawikh berjemaah.
ii. Atau ditambah dengan Solat Subuh berjemaah
iii. Duduk dengan air sembahyang dan baca Al-Quran, Ayat Kursi, Surah Al Baqarah terakhir (Amanarrasul) , Surah Az-zalzalah, Suraah Al Kafirun, Surah al Ikhlas dan Surah Yasin.
iv. Bagi kaum ibu yang uzur, baca zikir.
v. Bangun pukul 1.00 pagi tunaikan Solat Sunat Wuduk, Solat Hajat, Solat Tasbih, Solat Taubat, Solat Istikarah.
vi. Jika sedang beramal, badan terasa sejuk dan terharu maka inilah tanda-tanda mendapat Lailatul Qadar.

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN
i. Pastikan Tarawikh terakhir
ii. Ucapkan Selamat Tinggal Ramadhan dengan penuh terharu dan berdoa semoga dipertemukan sekali lagi dengan Ramadhan yang akan datang.

***semoga ini merupakans ebuah perkongsian yang bermakna..jika ada salah dan silap..mohon diperbetulkan=)

SALAM RAMADHAN KAREEM

Comments

kuey akok said…
Alhamdulillah..ni la rutin harian aku kbelakangan ni...insap2
bagus2..semoga istiqamah dlm beribadah..jgn da abes bulan mulia, terus kembali mengejar duniawi =p

Popular Posts