aku suka



aku suka makan
jadi aku suka masak
aku suka makan makanan sedap
jadi aku suka masak makanan sedap
aku suka makan didapur impian aku
jadi aku ada dapur impian aku yang sampai
sekarang aku sibuk menambah segala perkakas secara visual SAHAJA..
sebab..aku mana ada rumah sendiri..boleh tak nak buat dapur sahaja kat tanah
kosong sebelah rumah mak ayah aku ni?? boleh?

secara semulajadi..aku memang pandai memasak..kahkah..ayat tak bleh blah..perasaan tak ingat dunia..poyo dan menyampah betul..ok walaupun pelbagai cemuhan org boleh bg selepas mendengar ayat-puji-diri-sendiri aku ni..aku tetap buat bodoh..sebab ni cerita aku..aku suka la kan.. ok bermulanya minat memasak atau lebih tepat lagi kemahiran memasak mungkin disebabkan aku anak perempuan paling sulung dlm adik beradik aku..sejak berumur 6 tahun pun aku dah boleh menggoreng sayur utk lauk tengahari..ini semua disebabkan mak aku mempunyai anak2 kecil masa tu..jd paling boleh harap aku ni ialah memasak sajelah..nak disuruh jaga adik2 kecil dan adik baby mmg lah tak boleh dipercayakan..seingat aku..segala kerja seperti menyidai pakaian, memasak, menyusun baju di dalam almari, menyelak pintu dan lain2..akan dilakukan oleh aku dengan bantuan bangku kecil..mungkin aku tidak mempunyai gene tinggi jadi apa2 pun kena panjat bangku..ok..aku bukan nak cerita pasal ni sbnrnye.. fokus utama ialah pasal minat aku dalam masakan! ye..i love cooking because cooking is so fun! ok dah x payah buat ayat universal nih..terus saksikan macammana aku boleh menceburkan diri dalam seni minat memasak ni..

yang sebenarnya..aku bukanlah minta memasak sehingga handal utk menghasilkan resepi2 nusantara dan antarabangsa mcm chef sabri spice route tu..aku hanya suka memasak makanan yg ikut selera aku..hahahaha..setakat ni kalau tengok kesemua resepi yg copy paste (yg bersepah2 kat desktop..mydocument..pendrive..dan jugak menempel2 kt laptop abah aku pun) semuanya berkisarkan makanan barat lebih2 lg yg bercheese! ye..sesungguhnya..you are what you eat! dush.. kena sebijik kat diri sendiri sbb tak sedar2 body lg..haha..maka disebabkan kecenderungan utk memasak makanan ala ala barat ni..yg aku rasakan simple..smart..senang..dan stylo..haha..kesemuanya gabungan apabila memasak menggunakan peralatan2 dapur yg modern tanpa menggunakan dapur gas dan tong gas..heheh..poyo x sedar diri.. ok aku dah mula tak paham ngn apa sebenarnya aku nak tulis.
sebagai perenggan terakhir..disebabkan minat aku terhadap makanan2 terpilih ni..aku telah mengidamkan sebuah dapur aku sendiri! aku tak berapa suka dapur yg sangat besar dan terlampau byk kabinet berisi segala pinggan mangkuk vantage ni..aku cuma idamkan dapur yg smart..sederhana besar tapi lengkap dengan segala peralatan penting dan tak penting.. bestnye berangann!!! \(^0^)/ disebabkan sifat suka berangankan dapur idaman ni..setiap kali katalog cosway sampai..aku akan belek2 bahagian peralatan dapur..pastu tgk harga retail..harga+redemption coupon..ceh mcm la nk beli sekarang...hihi..bila la dapur idaman aku nak menjelma..walaupun aku dah bekerja sekarang..aku tak boleh nk mengadakan dapur idamana aku sbb aku duk rumah mak ayah aku yg dapur nya mestilah ikut style mak aku! dan sesungguhnya aku dan mak bukan satu kepala..maka boleh bayangkanlah apa respon bila aku cakap nak beli breadmaker..[~~."] bosan jek~~~sekian

p.s: pencetak telur mcm kat atas boleh beli katne? aku baru terjumpa yg bentuk love..aku beli sorok2.. (bukan aku suka bentuk love ye..sbb tu je ada selain bulat!) bila nak goreng telur guna menda nih mak mesti ckp "xpayahla ngada2 pakai benda tu..buat kotor je nak kena basuh..goreng mcm biasa lg senang"... terus merudum perasaan aku masa tu :(( so bila aku tunjuk perasaan..jgn harap aku masuk dapur!!!! maka kelihatanlah seperti anak dara pemalas tak reti masuk dapur..buat hal sendiri..asik berulit ngn buku2 cerita..mengadap internet 24jam! lalalalala..tak dengar..tak dengar..;p ok yg ni bebetul sekian!

Comments

Popular Posts