friday is only a day

'kriiiiinnnnnggggggggggggg'..bunyi loceng menandakan waktu pulang sudah tiba..
bunyi kerusi dan meja berlaga sangat membingitkan telinga tapi tetap merupakan bunyi yang mengeluarkan aura gembira untuk seluruh warga sekolah.. -waktu untuk pulang ke rumah..lebih2 lagi hari Jumaat!- ...kelihatan seorang guru berpusu-pusu bersama dengan pelajar.. Ada yang berlari ada yang menjerit-jerit memanggil kawan.. semuanya nak merebut bas yang pastinya akan padat dalam sekelip mata sahaja.. guru tadi masih bersungguh-sungguh melepaskan diri dicelah-celah pelajar yang sedang bersesak-sesak menghala ke tangga. disinilah guru tadi melepaskan diri untuk menuju ke pejabat.. lengang.. dengan kedua-dua belah tangan sarat dengan beg. bahu menggalas lagi sebuah beg kecil..pintu pejabat ditolak dengan beg yang dibimbit..
"awal balik, cikgu.." tegur seorang pembantu am rendah yang duduk di hadapan kaunter pejabat. guru tadi tersenyum.. "hari Jumaat kak.. semangat nak balik rumah..hehe".. 11.59~ alamak..apsal jam ni x sama ngn loceng.. takpe..tunggu lg seminit baru punch card.. x cantik plak kalo pada kad tu terprint '11:59'.. tiittt..12:00 okey.. masa utk pulang.. selepas memandang sekali imbas ke papan memo bg memastikan tiada agenda terbaru ditampal.. guru tadi menghayun langkah paling laju menghala ke garaj kereta guru.. disepanjang perjalanan, guru-guru lain yang baru sahaja menghala ke pejabat menegur akan keawalan guru tadi pulang ke rumah.. sampai sahaja di garaj.. guru tadi membuka beg tangan dan menyeluk-nyeluk mencari kunci kereta... lepas satu-satu bahagian diseluk.. eh! mana kunci ni? mata ditebarkan ke seluruh tempat parking.. MAX 8679~ mane nih?! Ya Tuhan! hari ni aku tak bawak kereta la! maknanya.. kena tunggu pak supir datang menjemput..dan pak supir itu hanya datang selepas 20minit menunggu dengan cuaca dan hati yang panas! lebih-lebih lagi bila lepas seorang, seorang guru bertanya..mengapa masih tidak pulang lagi sedangkan guru tersebut merupakan orang pertama punch out.. cessssssssss..bengang sungguh.. x_X'
-
-
moral of this true story : kepada guru tersebut..sila tenangkan minda.. disebabkan bebanan kerja yang melampau..menyebabkan semangat untuk pulang ke rumah meningkat kepada tahap yg sangat tinggi sehingga menggagalkan akal untuk berfungsi dengan baik T_T.. sekian saje..

Comments

Popular Posts