bekerja sambil beribadah


begitulah yg sepatutnya =') kena pada cara dan gayanya..semudah-mudah kerja juga jd ibadah apatah lg kerja yg agak berat..semuanya terpulang kepada niat kerana Allah dan keikhlasan kita menggalas tugas masing2 juga tidak mencampur-adukkan pekerjaan kita dengan larangan Allah.. mcm baru tersedar je aku nih..selama sebulan aku memulakan tugas sbg seorang guru..rasanya belum lagi hati aku betul2 gembira dengan tugas pertama aku ni.. bukan aku tak ikhlas dengan tugas yang digalas..ye aku ikhlas malah berkobar-kobar utk menjadi seorang guru terbaik.. tapi aku cepat kalah dengan keadaan.. cepat melatah dan terlampau meletakkan harapan yang tinggi.. mengharapkan semuanya sempurna belaka..walaupun diri sendiri tidak sempurna mana.. maka.. tekad aku bila masuk bulan ke dua aku bergelar seorang guru..harapan aku akan bekerja seikhlas mungkin..demi mendapat keredhaanNya dan juga diterima sebagai satu ibadah.. teringat kata-kata seseorang... "zaman sekarang ni..manusia semakin sibuk..semakin banyak benda nak dikejar..kalau hati tak teguh kepada Allah.. jadila kita orang yang hanya melepaskan batuk di tangga.. buat yang wajib je.. 'tak sempat' nak menambah amal ibadah.. maka alang2 pekerjaan kita ni mulia.. buatla sehabis baik.. buat yang terbaik demi Allah...demi Islam..demi generasi masa depan.. semoga dengan keikhlasan kita bekerja sambil beribadah ni..terdidik hati kita menjadi orang yang teguh jiwanya.." baiklah.. semoga dapat bekerja sebaik mungkin.. insyaAllah..

Comments

Popular Posts