anugerah guru paling dibenci 2011

tahun ni kalau ada anugerah guru paling dibenci mesti aku dapat vote paling tinggi.. yes i hate you too! sebabnya..aku tertekan sangat2 sebab kena jadi diri yang dibenci nih..tak tau lah cara aku ni betul ke tak..padahal awal2 lagi aku dah tau..guru yang garang dan tiada unsur humor akan menjadi guru paling dibenci di sekolah. ok! kalau ikut kriteria sebenar..aku ialah seorang yang suka berjenaka dan tidak garang..jadi semestinya aku menjadi guru yang disenangi..tapi itu untuk tahun 2010 sahaja.disebabkan remaja zaman sekarang yang kebanyakannya dari spesies bagi-betis-nak-peha ni..aku terpaksa bertukar personaliti.. secara ikhlasnya..masuk bulan kedua aku berlakon ni..aku dah mula rasakan tekanan..terpaksa jadi garang dan terasa aura dibenci membuak2..dush! kesian kn aku? nak buat cemana..tahun ni aku ajar 4sn2 dan 4e2..kelas2 sebegini pelajarnya kurang kesedaran sivik atau lbh senang lagi bdk2 zaman sekarang semuanya kurang kesedaran sivik..menjengkelkan dan memeningkan kepala! dah tak reti tanggungjawab sendiri sebagai pelajar..semua dah jadi pahat..nak kena belasah pakai tukul baru nak bergerak..tu pun kerja tak sempurna mana sebab rasa terpaksa..rasa nk melepaskan batuk di tangga! hadoii..entahlah..tak tau nak kata apa..
so sekarang ni..aku tak tau camna cara yg terbaik nak berhadapan ngn bebudak nih..ye..kebelakangan ni..aku tau aku adalah seorang yang menjengkelkan..
1. garang - dalam kelas pantang nampak sapa2 bercakap.. (ni mungkin sbb kelas diorg terlampau ramai..dekat 50 orang!!!! mmg sangat tak kondusif! susah nk mengajar!)
2. tiada kompromi - sapa2 tak siap nota dan latihan on time pasti kena tibai ngn aku! walaupun alasan tiada buku teks..soklan aku sebelum menibai diorg "apsal ko tak pinjam kat bebudak kelas lain? hamek ko libasan nih!"
3. tiada kasih sayang - mengajar dengan muka beku dan tiada perasaan.. straight to the point.. aku perasan pada hari pertama aku mengajar..kononnya nk masukkan unsur2 lawak sket supaya tak stres sgt..sekali diorg mula nk naik lemak..terus aku reverse masuk fasa beku..tiada kasih sayang-lantak kau lah!

persoalannya: aku tak tau cara aku tu betul ke tak! tension!

Comments

Popular Posts