yang pertama di 2016

Assalamualaikum..

sekarang dah bulan april..empat bulan dah berlalu utk tahun 2016..
post sebelum ni bertarikh 21 december 2015.. masa tu aku tak terfikir yang aku akan kehilangan abah selepas 10 hari aku tulis post tu.. abah pergi tak kembali pada 31 december 2015..

hujung tahun 2015 memang merupakan antara saat2 yang mencabar buat kami sekeluarga.. kesihatan abah semakin merosot.. mak lah yang paling terkesan sekali sbb mak mmg 24 jam ada dengan abah.. walaupun aku kesian tgk mak tp aku bersyukur sbb sifat 'cerewet' abah yang tak nak org lain jaga dia kecuali mak tu lah yg membuatkan mak mampu jaga abah sejak abah sakit sehingga lah menghembuskan nafas yang terakhir...

abah sakit memang lama.. bukan semua org Allah uji dengan dugaan besar mcm ni.. hampir sepuluh tahun abah menempuh hidup selepas Allah uji dengan pelbagai masalah kesihatan.. dari seorang yang ketua keluarga yang sihat, menjadi tempat bergantung semua ahli keluarga, Allah uji abah dengan nikmat kesihatan yang ditarik sekelip mata. Abah hilang upaya untuk berjalan disebabkan neuropathy.. kesihatan abah merosot sedikit demi sedikit.. dari bertongkat satu..kemudian bertongkat empat dan akhirnya sepenuhnya bergerak menggunakan wheelchair.. 

Abah memang kuat.. tak boleh aku bayangkan bila kita yang dilahirkan normal boleh berjalan, tiba-tiba hilang upaya untuk berjalan.. dan kami saksikan kesedihan abah masa tu.. sedih yang teramat sangat,, menangis sama2 melihat keadaan abah masa tu.. tapi aku bersyukur sangat2 dalam pada kami menangis buntu, sedih dan terdesak dengan keadaan hidup masa tu, Allah sediakan penyelesaian untuk kami.. subhanallah walhamdulillah wallahuakhbar.. Allah maha mengetahui segala rahsia di sebalik takdir yang diatur.. alhamdulillah.. tak pernah sekali pun aku rasakan Allah tak beri penyelesaian buat masalah yang kami semua hadapi.. 

Banyak sangat tentang abah yang aku nak ceritakan tapi tak tau nak mula dari mana.. kenangan2 dengan abah terlalu banyak dan sehingga kini aku sentiasa berdoa agar Allah x hilangkan ingatan aku tentang kenangan2 dengan abah..moga Allah pelihara kenangan2 tersebut selamanya.. bukan aku nak bersedih dengan pemergian abah, tapi aku sedih kalau aku lupakan abah..

Abah memang seorang yang tegas dan garang... sejak kecil imej abah bg kami sbg anak2 ialah seorang yang ditakuti dan penuh berdisiplin.. antara moto abah yang kami slalu ulang2 di belakang abah secara senyap2 (sbb takut) ialah "time management".. bila diingat semula memang lucu juga bila kami selalu dimarahi kerana tidak menepati masa.. abah memang seorang yang punctual.. jika nak keluar ke mana2.. abah akan berikan masa yang tepat untuk semua org bersiap dan tunggu di dalam kereta.. dan semestinya abah org pertama yang akan siap dan selalunya mendahului masa! belum pun aktu yang ditetapkan tapi dia dah duduk menunggu dalam kereta.. kami yang masih bersiap ni apa lg..memang berpeluh2 lah takut kena marah termasuk lah mak! hihi.. mak mmg selalu jd org terakhir sbb mak lah yang akan bwk mcm2 barang anak2 dan kunci pintu rumah.. bila masuk je kereta bersedialh dengar abah 'membebel' dan perkataan yang ajib didengari ialah "cubalah ada time management..." hehe.. rindu pulak dengan perkataan tu.. itu cerita masa abah sihat.. dia yang memandu kereta masa tu..tapi masa dia dah sakit pun, time management tak pernah failed.. bila aku dah janji nk keluar bawa mak dan abah berjalan pukul sekian2.. abah akan bersiap cepat2 dan tunggu dengan wheelchair didepan pintu dapur.. juga sebelum masa yang dijanjikan! abah sama je sihat atau sakit.. heheh.. jd sbb aku dh deasa sket.. aku dh tau trick nya... aku akan pakat dengan mak awal2..dan bgtau abah lewat2 sket..bukan apa, nk 'selamatkan' mak yang memang selalu lambat siap (hehe) dan tak nak bg abah tunggu lama2.. sbb abah mmg excited kalau diajak keluar berjalan..sbb tu dia akan bersiap awal! abah..abah..tu baru satu kenangan dan panjang satu perenggan..

sebenarnya dah byk kali aku cuba menaip pasal abah dan setiap kali tu akan gagal publish sbb akhirnya aku akan berhenti menaip dan menangis sbb sedih sgt.. yg ni pun xtau lah akan ublish atau tak..

abah mmg seorang ayah yg utamakan keluarga dr diri sendiri.. sejak aku kecil, aku tak pernah nampak abah bermewah2 beli baju dan seluar kerja.. dengan gaji yang sederhana dan anak yang ramai, abah mmg kedekut utk diri dia sendiri tp akan sediakan segala keperluan anak2 sehinggakan aku tak pernah rasa spt aku org susah masa tu.. kami adik beradik ramai yg sbersekolah asrama.. tak pernah yuran asrama kami bayar lewat.. tak pernah kami takde duit belanja.. malah disebabkan agak boros, aku asik minta duit belanja di asrama..betapa bodohnya aku masa tu sbb x sedar bagaimana abah berjimat cermat utk mencukupkan duit utk anak2 nya.. aku pernah dgr abah ckp (masa tu dia marah dgn kami sbb apa tak ingat..) dia paling takut anak dia jd pencuri sbb tu dia sedaya upaya cukupkan segala keperluan kami adik beradik.. makan di tempat sedap2.. berjalan2 pada waktu cuti sekolah..byk benda yang abah buat utk kami..sbb tu byk kenangan dgn abah..

abah mmg dr muda suka berjalan..byk tempat abah dh pergi masa dia masih bujang dan belajar di universiti dulu.. sbb tu masa kami kecil, kami selalu di bawa berjalan.. bukan ke tempat percutian spt taman tema..tp abah suka bawa ke tempat yang bemanfaat spt zoo..ekspo pertanian.. muzium2.. berkelah..yang paling aku ingat, kami pergi zoo kena bawa buku catatan.. sbb mak nk soal lpas blk rumah tentang nama2 haiwan dan cerita mengenai haiwan yang kami lihat di zoo.. aku dan abang masa tu yg paling besar..jd sibuklah mencatat nama2 dan sejarah bg setiap binantang tu.. agaknya apalah org lain ckp eh masa tu..mcm poyo je hehe..

abah mmg seorang yang tak pernah ckp tidak utk anak2.. sehinggakan aku tak boleh nak recall apa je permintaan aku yg tak pernah abah kata tidak. tp jgn lah bayangkan yg aku mintak kereta..rumah..tiket percutian..bongo lah namanya tu haha.. aku bukan lah anak yg zolim..aku pun sedar kemampuan abah.. maksud permintaan yg aku ckpkan tu dr segi kewangan.. aku mmg terkenal dlm adik beradik aku sbg seorang yg boros..asik2 aku je yg telefon rumah utk mintak mak duit belanja (padahal duit dr abah tp berani ckp dgn mak je).. tak pernah aku tak dpt.. aku bukan beli brg2 ..aku rasa boros kat bab makanan..sbb tu lah badan mcm ni huhuu.. masa aku skolah asrama di seremban abah kerja di port dickson.. pernah skali tu abah dtg waktu skolah hantar buku 2latihan yg aku kirim kat mak.. abah carikan buku latihan tu kat kedai buku dan hantar terus kat aku konon2nnya anak2dia ni form 5 dan rajin belajar.. sbb tu aku sedih bila result spm aku tak cemerlang straight A.. sbb aku rasa aku dah hampakan harapan mak dan abah..padahal mak dan abah dah tau kemampuan aku dan diorg x kecewa pun..   pernah juga sekali tu aku call abah suruh belikan ayam segar..pelikkan.. ceritanya sbb aku n the geng nk ‘main masak2’di bengkel kh..kalau x silap hujung tahun masa form 3.. kami baik dgn ckgu kh tu..jd lpas pujuk2 ckgu tu bg kebenaran kami memasak dlm bengkel tu lpas habis waktu skolah hari jumaat.. aku dgn tak berfikir panjang terus call abah minta belikan bahan2 nk buat sup ayam.. kenapa aku ckp aku x fikir panjang?.. sbb aku pelan nk masak lpas waktu skolah..dlm pukul 12 lbh.. abah masa tu kerja di port dickson..hari jumaat pula tu..kena solat jumaat..disebabkan permintaan anak dia yg jenis x fikir panjang ni, abah kena minta pelepasa keluar awal utk ke seremban pergi beli ayam dan rempah sup.. hantar kt anak dia di asrama ni.. dan singgah solat jumaat di mana2 kemudian blk ke tempat kerja di port dickson semula.. nampak tak bagaimana anak ini sgt tidak berfikir panjang tp sgt bertuah sbb dpt abah yg sgt penyanyang..

abah mmg bukan jenis yg suka sebut2 perkataan ‘sayang’.. tak pernah sekali pun dlm hidup aku, aku dgr abah ckp yg dia sayangkan anak2 dia.. tp kami anak2 x pernah pun teringin nk dengar abah ckp mcm tu..sbb apa? sbb x pernah pun rasa yg abah x sayangkan kami.. sbb abah tunjukkan kasih sayang dengan perbuatan dan pengorbanan dia.. terlalu byk..dan tak pernah aku lupakan semua tu.. abah mmg seorang yang utamakan keluarga.. isteri dan anak2 lah hidup dia.. susah senang semua dgn isteri dan anak2.. sbb tu hubungan kami rapat dan akrab walaupun masa kecil asik kena marah.. abah marah masa mengajar mengaji..menghafal sifir.. tak buat kerja sekolah..mengusik adik2 hingga dik jatuh dan menangis.... buat kerja bodoh spt main hujan..bakar rumput kering hingga api berjangkit ke kebun sebelah rumah.. sebut perkataan tak elok..melengah2kan masa..mcm2 lg.. semua tu kena marah.. dan yg kelakarnya..bila dah buat silap, aku sendiri bawa ranting kayu untuk abah sebat tapak tangan.. bila teringat lucu jugak.. tp tu lah hukuman kami.. sebat tapak kaki dengan hanger baju paling selalu kena.. tujal kepala masa belajar mengaji.. dan hukuman paling femes masa kecil2 dulu ialah berdiri di luar rumah malam2..duduk rumah kampung tu..lg lah seram.. biasanya dijatuhkan hukuman tu bila buat kerja2 bodoh mengacau adik2.. bergaduh..buat bising masa makan.. mmg kenangan betul..

abah dan mak mmg berbeza sifat mereka.. mak dr aku kecil sampai besar sama je sifatnya.. ‘tak ditakuti’.. tak garang..tp suka ‘membebel’..biasalah mak kan hehe.. abah masa aku kecil dan besar mmg lain.. cara abah layan kami masa kecil mmg sgt tegas.. dan aku bersyukur sbb sifat abah yg garang dan tegas tu lah kami berdisiplin dan rajin belajar.. alhamdulillah.. tp bila kami dh besar abah jd mcm kwn.. boleh bincang apa je dgn abah.. aku dan adik-beradik mmg lain karakternya.. aku jenis apa sahaja yg berlaku dlm hidup aku semua aku ceritakan dekat mak dan abah.. meja makan di dapur menjadi medan perbualan kami.. dlm rumah ni, bahagian yg paling kerap dan paling lama kami duduk ialah meja makan.. mmg situ lah tempatnya kami bertukar2 cerita.. berbincang hal serius.. aku rasa 80% aktiviti hidup aku semuanya mak dan abah tau..mmg takde rahsia..semua cerita anak murid..sekolah..kawan2 belajar..semua nya mak dan abah tau.. xtaulah kenapa aku suka cerita dgn diorg..mungkin salah satunya aku suka dgr apa pandangan diorg..

aku bersyukur sgt sbb Allah bg peluang abah hidup hingga anak2 ramai dh kerja.. aku pernah dgr abah doa supaya Allah panjangkan umur hingga abang tamat univerisiti.. harapan dia masa tu..sekurang2nya bila abah takde.. abang dah habis belajar dan bekerja..dpt lah mengambil alih tanggungjawab abah sbg ketua keluarga.. tp alhamdulillah.. Allah pinjamkan abah dgn umur yang panjang hingga dia dpt lihat anak bongsu dia masuk universiti.. alhamdulillah..Allahuakhbar..

kadang2 aku fikir yang Allah banyak sgt makbulkan doa aku alaupun aku mcm x layak je nk terima semua tu sbb aku bukan hamba Allah yang taat sepenuhnya.. terlampau byk kekuarangan diri ni utk terima banyak sgt kebaikan yg Allah bg.. antara impian yg aku selalu doakan dan Allah makbulkan ialah Allah panjangkan umur mak dan abah hingga ke saat aku telah bekerja dan dpt beri kesenangan pada mereka.. aku mmg tak mampu beri kesenangan sepenuhnya.. tp aku germbira sbb sebelum abah pergi dulu..aku sempat renovate bilik air yg lengkap dengan keperluan o.k.u khas utk kesenangan abah.. sediakan bilik rawatan dialisis di rumah.. belanja hotel 5 star (ni biasa bg org lain tp bg kami ni jarang2).. belikan abah baju dan seluar selasa dan mahal (abah tak pernah beli utk diri sendiri dgn benda mahal2).. belikan abah perfume berjenama.. setiap kali dia terima hadiah2 yg anak2 belanja.. abah mesti terharu dan bergenang air mata.. aku mesti ckp
“ buat ape beli mahal2 ni..susah2 je..terima kasih lah..” dengan suara sebak.. tujuan kami hanya satu..nk bg abah rasa pakai baju2 dan perfume yg berjenama sbb rasanya semua org lelaki suka mcm tu.. semua tu x pernah sekali pun abah rasa masa zaman dia bekerja dulu sbb duit diutamakan utk membesarkan anak2 yg nak bersekolah.. sbb tu aku kata yg abah dah byk sgt berkorban utk kami anak2.. bayangkan hingga sampai satu tahap..seluar dalam abah pun lusuh dan ada koyak2.. pun abah masih pakai dan tak beli baru. sedangkan anak2 yg nk masuk asrama ni beli semua alatan dan baju baru..tak sedikit pun abah mengeluh di depan anak2..abah habiskan masa dgn buat kerja part time bg ceramah sana sini nk kumpul duit lbh utk tampung belanja besar persekolahan di awal tahun..semoga Allah terima segala pengorbanan abah dan tanggungjawab abah kepada keluarga sbg saham utk abah masuk ke syurga firdaus..

saat yg paling aku tak kan lupa ada kata2 terakhir abah sebelum abah pergi buat selama-lamanya.. aku mmg jenis sama dgn abah.. tak pandai nk luahkan kata2 sayang.. dlm adik-beradik aku, mak ckp perangai aku sama dgn abah..mmg paling sama.. jd aku yakin sgt abah faham perasaan sayang aku pada abah walaupun aku x pernah ucap dgn mulut.. masa aktu terakhir aku jumpa abah.. aku tak minta maaf pun sbb aku x nk anggap tu pertemuan terakhir dgn abah.. aku harap abah maafkan segala dosa aku pd abah.. aku pun maafkan dosa2 abah pd aku jika ada..walaupun sbnrnya aku tak layak pun nk ckp mcm tu sbb aku anak.. abah pesan mcm2 kt aku..dan yg paling aku sedih dan rasa hingga sekarang ialah genggaman tangan abah.. masa nk berpisah tu, aku x ckp apa2..abah pu  x ckp apa2..abah genggam tangan aku kuat2.. dan kami sama2 menangis..lama aku dan abah genggam tangan masing2..aku harap apa yg ada dlm isi hati aku, Allah sampaikan kpd abah..tu lah kenangan terakhir aku dgn abah sbb lpas abah jalani operation, aku dh x dpt pandang mata abah..abah tak sedar hingga dia hembuskan nafas yg terahir pd ptg khamis tu.. semoga Allah makbulkan doa aku utk jd anak soleh sbb aku nk setiap doa, zikir, bacaan al quran yg aku baca semuanya sampaikan kpd Abah di alam barzakh..

kesedihan kehilangan abah mmg sampai sekarang aku rasa..dan aku doa semoga Allah tak hilangkan kesedihan ni..sbb bg aku..selagi aku rasa sedih bla terkenangkan abah, bermakna aku mmg sgt sayangkan abah..dan aku bersyukur sbb hari2 aku lalu kawasan perkuburan tempat abah disemadikan (laluan perjalanna utk ke sekolah)..jd x pernah satu hari pun aku lupakan abah insyaAllah..

hampir sepuluh tahun abah berjihad dengan menempuh ujian yg Allah bagi..kami redha dgn pemergian abah.. aku mmg kesian tgk abah menanggung sakit yg semakin hari semakin merosot.. percaturan Allah mmg sentiasa terbaik.. setiap kali ada musibah dlm keluarga kami (sejak abah mula sakit dulu2), setiap kali tu lah Allah beri kelapangan masa kpd kami.. kami sekeluarga dpt berkumpul bersama2 menghadapi musibah dan ujian Allah bersama. alhamdulillah..allahuakhbar..

sekarang, tanggungjawab aku ialah jaga mak.. doa aku hari2 ialah semoga Allah panjangkan umur mak..beri aku kelapangan dan murah rezeki utk bawa mak menunaikan umrah dan haji.. bawa mak berjalan2 jauh2..sbb mak kurang berjalan.. masa dihabiskan di sisi abah je.. tu mmg impian aku..nk berjalan berdua dgn mak.. semoga Allah kurniakan kesihatan kpd mak dan aku agar dpt hidup bersama2 lbh lama.. moga Allah terima mak sbg tetamu syurga firdausNya.. bagi aku, mak adalah bidadari syurga abah.. hampir sepuluh tahun abah sakit, mak sentiasa setia di sisi sehingga ke saat abah menghembuskan nafas terakhir.. tamatlah pekhidmatan mak sbg isteri yg cekal dan tabah menjaga suami.. moga Allah kurniakan keberkatan hidup mak di dunia dan akhirat.. insyaAllah..

alhamdulillah..habis juga menaip kali ni walaupun berheti beberapa kali sbb sedih sgt bila kenangan demi kenangan dgn abah aku imbas kembali.. semoga Allah merahmati kami sekeluarga dan berjumpa di syurga firdausMu..amin..

gambar ni masa abah dlm ccu..sehari sebelum operation... kali terakhir selama 29 thn hidup aku bercakap dgn abah.. abah yg suruh ambil gambar dia dgn mak.. utk kenangan katanya..mmg betul2 jd kenangan utk aku..ahamdulillah Allah gerakkan hai abah utk ckp mcm tu..


 Allah, jika tidak melampau permintaan ini, kau hadirkanlah abah dlm mimpiku yg indah2..rindu abah sgt2..

sekian.

Comments

Popular Posts