one semester down_4 more semester to go

Alhamdulillah.. setelah bernangis-nangisan mengharungi semester 1, akhirnya dengan izinNya kami berjaya menghabiskan semester 1.. tapi result belum release lagi.. gembira sebab sekarang tengah cuti semester.. so mari kita buat rumusan tentang semester 1 ni ye wahai cik maiyah. 

Pertama sekali, aku nak cakap bahawa aku tak pernah menyesal sekali2 pun utk buat master ni. walau susah mcm mana pun aku x pernah terdetik dlm hati ckp menyesal. Alhamdulillah.. agaknye sbb mmg aku ikhlas kot.. ntahla.. tp nk menghabiskan 1 sem ni cabarannye bukan main2 besarnya. mmg jeles dengan kwn2 sekuliah yg full time. sebab kehidupan diorg fokus utk study.. aku pulak sbg part timer mmg sentiasa dlm dilema. sbb kepala minda ni nk kena bahagi dua. sekolah dan study. tp aku mmg org yg x adil. kiranya kalau aku ni lelaki, mmg kompem2 x leh berpoligami lah..hahaha.. sebab aku ni sejenis manusia yg kalau apa2 pun suka nk bg komitmen 100%.. walaupun hasil x seberapa tp mmg camtu. so bila sekolah dan study ni, akhirnya aku telah mengabaikan sedikit hal sekolah. maka selama 1 sem ni hati aku x pernah tenteram. dah la kehidupan kacau bilau. 

Dulu selama 5 tahun aku jd cikgu, aku selalu rindu zmn belajar kt upsi. aku suka debaran nk kena hantar assgmnt. debaran nk siapkan tesis. disebabkan itu, 5 tahun bergelar guru menyebabkan aku makin lama makin bosan dengan kehidupan monotonik aku yg sgt rutin (bukan bosan jd guru ok!).  sebab masalah yg dihadapi pun sama je setiap tahun. lagi2 pulak jawatan kat sekolah x pernah la berubah sejak 5 tahun yg lepas. tak ke bosan nak mamp** camtu kan? jd disebabkan itulah aku berkobar2 nk buat master. dan alhamdulillah, master mmg berjaya membuatkan kehidupan aku sentiasa berdebar-debar. haha

Kenapa? sebab gaya pembelajarannya kot. memang sangat berbeza dgn zmn degree. mmg kepala otak tepu dengan jurnal. aku rasa tahun ni mmg aku byk membaca. secara x langsung ilmu pengetahuan bertambah. alhamdulillah. patutlah profesor2 tu blh bincangkan mcm2 isu kan sbb byk membaca. setakat satu sem ni aku rasa dh lebih seratus jurnal yg aku baca dan hadam. lg sekali alhamdulillah. dan melalui pengalaman cetek selama 1 sem ni, barulah terbuka minda aku tentang tanggungjawab kami sebagai guru2 ni. terutamanya dlm bidang aku sendiri iaitu Sains. (malas nk kupas panjang sbb takut tertulis artikel pulak haha). dan secara ikhlasnya aku rasa kpm harus mewajibkan guru2 sambung master secara berperingkat. mcm zaman men-degree-kan guru2 tu. dan aku sokong konsep 'pembelajaran sepanjang hayat'. sebabnya cabaran dunia sekarang sentiasa berubah-ubah. secara khususnya sebagai guru, kita kena sentiasa upgrade dan update diri kita agar sentiasa up to date dengan arus pendidikan peringkat global. sebab tu lah aku ckp pembelajaran sepanjang hayat tu perlu supaya kita keluar dari zon keselesaan. 

Kerana apa? secara jujurnya bila di sekolah tu, kita akan rasa kita lah paling hebat. (sebab bandingkan dengan murid2..haha) tp serious, kita akan rasa kitalah paling hebat dan kita tau segala2nya. di sekolah juga jd sukar nk buat pembacaan ilmiah sebab takde sape yg paksa dan masa yg ada tu nk digunakan utk persediaan mengajar dan bla..bla..bla... jadi sebab tu lah ilmu tak berkembang.. memang ada kursus dan bengkel2 utk guru tp sejauh manalah keberkesanannya kan kalau kursus setakat 2 3 4 5 jam atau 1 2 3 hari tu. dah la pergi pun mcm separuh hati. huhu..

jadi, kesimpulannya aku sangat bersyukur sebab Allah pilih aku utk buat master ni. harapannya, aku berjaya habiskan dengan cemerlang dan segala ilmu tu aku dpt aplikasikan di sekolah. kerana al-ilmu bila-amal kal- syajar bilath-thamar. ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah. tp pokok tak berbuah pun ada guna jugak tempat manusia nak berteduh. tp manusia yg x beramal dgn ilmu camne pulak?? lu pikir la sendiri! haha

cumaaaaa..... aku ada sedikit sedih dan risau sbb aku masih gagal berlaku adil dengan amanah aku. jd aku harap, dua bulan yg ada ni aku nk sediakan sebaik mungkin utk pdp aku bila dh start semester 2 nnt. semoga Allah permudahkan urusan kami. amin..

salah satu kenangan buat esaimen di library aeon.

Comments

Popular Posts