The End

Alhamdulillah.. thummalhamdulillah.. bersyukur sangat-sangat sebab akhirnya pengembaraan menimba ilmu untuk mendapatkan sarjana akhirnya bertemu dengan penamatnya.. alhamdulillah.. macam tak sangka habis dah pengajian aku di UKM untuk dapatkan ijazah sarjana pendidikan sains.. tapi belum official lagi lah sebab belum grad.. cuma kelas dan project paper semua dah selesai.. selama dua tahun setengah hidup aku tunggang langgang super serabut kerana bergelar siswazah separuh masa.. aku terpaksa bahagi kehidupan aku kpd 4 bhgn tp of course lah pembahagian tu tak sama rata hehe.. potongan pertama utk tanggungjawab hakiki aku sebagai anak perempuan sulung abah dan mak hehe.. potongan kedua untuk tugas aku sebagai pendidik di sekolah.. potongan ketiga sebagai siswazah separuh masa di fakulti pendidikan UKM dan potongan terakhir sebagai guru tuition hihi.. boleh bayangkan lah macam mana haru biru aku hidup selama dua tahun setengah ni..

perkara paling stress sekali adalah 'masa'. selama dua tahun setengah ni aku rasa 7 hari dalam seminggu tu memang tak cukup! dalam otak ni dah set dah aktiviti setiap hari..

isnin: sekolah + tuition
selasa : sekolah + assignment
rabu: sekolah + tuition
khamis: sekolah + UKM (kelas)
jumaat: sekolah + UKM (kelas)
sabtu: kelas tambahan sekolah + tuition
ahad: assignment

setiap semester jadual harian aku berubah sbb kelas di ukm berubah-ubah.. yg sama ialah 'sekolah', 'tuition' dan 'kelas tambahan sekolah'. bagai nk gila aku nk bahagikan masa lebih2 lagi nk kejar deadline assignment.. semua tu dah jadi kenangan hehe..

aku nak catatkan perasaan aku sebelum, semasa dan selepas buat master ni..

SEBELUM:

  • bosan dengan rutin harian sebagai guru
  • rasa macam takde 'life' sbb hari2 : sekolah-rumah-sekolah
  • rasa macam takde kepuasan hidup sebab takde cabaran
maka...disebabkan perasaan-perasaan ditasa, ditambah lagi dengan cemburu tengok kawan2 yg dah dapat amster, aku pun dengan semangat berkobar-kobar mengajak ainil dan nin utk sambung master di UKM dlm bidang pendidikan sains..

SEMASA:

  • sangat excited setiap kali ada kelas di UKM
  • library fakulti menjadi port paling selesa sekali utk siapkan assigment
  • rumah syahmera jadi hostel
  • sebelum tu, pengalaman duduk mcm2 jenis hotel bajet termasuklah bilik eksekutif di kolej kediaman yg menyeramkan tu haha
  • pernah sekali buat kerja 'gila' tidur di masjid UKM hehe..punyalah teringin..tp x kena dgn masa pulak sbb masa tu musim pilihanraya..masa tu student UKM yg 'dibuang' kolej sbb menyalahi peraturan kempen pilihanraya UKM.. so..ada yg ingatkan kami ni 'kena buang kolej' sbb bermalam di masjid hahaha..yg kelakarnya.. terbangun lewat masa subuh..org dh azan baru bangun..habis kene jeling2 dgn makmum perempuan yg dtg nk subuh berjemaah hihi.. x senonoh betul kitorg masa tu..biane..
  • hiway simpang empat-bangi tu dh mcm rumah aku nk pergi alor gajah je..tutup mata pun boleh sampai..kononnye..dari 2 jam perjalanan menjadi sejam..dan last semester aku dpt pecut dlm 45 minit je hahaha.. 
  • pembangunan bandar ainsdale tu aku lah saksinya..dari padang jarak padang tekukur..sekarang dah jadi bandar membangun.. semua tu aku saksikan pembangunannya selama dua tahun setengah ni..
  • petronas rnr seremban dua2 arah menjadi port persinggahan aku dan nin
  • kfc tesco cheng, a&w aeon adalah port discussion aku-nin-shida
  • bila dh masuk hujung2 pengajian, byk buat kerja individu..so aku n nin lepak di Old Town pulak sbb nk mengopi dan karipap panas..
  • banyak kawan2 baru aku dapat..dan kebanyakannya adik2..hehe sbb kami antara yg tua2 kt fakulti tu.. antara yg melekat dihati ialah adik ijat..zati..rafiq..ag..etrie..kak su..kak linda.. ini lah antara org2 yg sgt membantu aku sepanjang pengajian.. 
  • ohh..selain tu..mcm2 kedai makan best kt bangi ni dh aku masuk..yg jd feveret: little white cafe, bangi-dong, red card, red wok dan x lupa juga ayam gunting zaaba dan ptsl haha

SEMASA (hujung2 pengajian)
  • sebelum masuk fasa 'selepas' ni..mcm2 dugaan..duit jgn ckp lah..mengalir mcm air..aku antara penyumbang kpd keutungan syarikat plus dan petronas haha.. 
  • suka duka sepanjang pengajian ni mmg dikongsi dgn kwn2 seperjuangan..especially nin, shida dan ainil..
  • akhirnya..seminggu sebelum menjelang hari raya aidilfitri 2017, semua tugasan dh selesai.
  • perasaan mcm tak percaya dgn diri sendiri sbb berjaya habiskan pengajian..
  • bersyukur sangat2 sbb tak pernah sedetik pun aku menyesal buat master ni..semangat tu aku dpt dr arwah abah...alhamdulillah.. kata2 abah di akhir hayat dia menjadi inspirasi dan azimat aku utk habiskan master.. sbb tu aku x pernah terfikir nk berhenti separuh jalan biarlah org lain semangatnya semakin menurun..

SELEPAS
  • rasa mcm tak tau nk buat apa sbb ada masa lapang byk sgt hahahah
  • otak aku masih dlm mode belajar so setiap hari aku akan tanya.. "hari ni hari apa eh?" sambil terbayang jadual harian aku tu..
  • soalan feveret aku kat mak skarang ni ialah.." hari ni mak nak pegi mana2 ke?" haha.. sebabnya selama dua tahun setengah ni..soklan tu x keluar langsung dari mulut aku sbb punyalah busy sampai susah nk bawak mak pegi mana2.. selalunya afiq yg bwk..
maka......disebabkan itu..aku ada byk masa nk marathon kdrama dan jalan2 dan makan2 ngan mak.. bahagia sangat2.. ramai tanya aku bila nk sambung pHd.. insyaAllah akan sambung.. tp bukan setahun dua ni..sbb aku nk pergi backpacking dan bwk mak holiday dulu.. insyaAllah.. by the time umur aku 35 tahun.. aku sambung phd pulak.. so aku ada masa lbh kurang 4tahun lebih je nk berfoya2 ni..omooo!!!

semoga dipanjangkan umur..dimurahkan rezeki..diberi kekuatan..diberikan ilham dan kecerdasan otak utk sambung belajar ke peringkat phd nnt..insyaAllah.. 




Comments

Popular Posts