the third quarter of 2014

tak tau tajuk apa yang paling sesuai nak tulis kali ni
memang jarang2 aku menulis skarang ni
dan bila aku tiba2 rasa nak menulis tu, pasti ada sebab yang nyata
sama ada tersangat happy..tersangat sedih..atau..tersangat stress
ya..penyebab aku kali ni ialah tersangat stress skarang...
semalam dan hari ni tak sama..hhuhu..esok mungkin dah tak stress..
ada ke org lain yg macam aku agaknye ek..emosi tak stabil..boleh berubah-ubah sentiasa dlm sekelip mata..

ada byk benda yg aku stress skarang..
nk kata kerjaya guru ni stress sgt2, mcm tak betul pulak..
kalau aku nak cerita aku lah yg paling stress, nnt cikgu2 lain boleh ketawakan aku.. sbb diorg pun guru.. sama mcm aku..lg hebat sbb dah ada family..ada anak2 yg setiap seorang ada masalah masing2.. tp ok je masing2..huhuuu...jadi..apa sbb nye aku stress pun aku x pasti.. :( mungkin jgk masa aku menulis ni emosi aku kurang stabil disebabkan menstrual cycle yg memengaruhi keseimbangan hormon aku..maybe...

tapi nk nyatakan jugak kat sini..antara beberapa perkara yang mengusik ketenangan hidup aku sejak akhir2 ni... biasalah dah masuk hujung tahun... semua perkara nak kena diselesaikan... segala urusan kena selesaikan sebelum menjelang akhir tahun.. dan akan aku usahakan utk selesaikan semuanya sbb taknak ber'hutang' tahun depan.. beban kerja sentiasa ada.. jd tak boleh nk ditangguh-tangguhkan..

ok antara faktor2 yg aku sedang serious fikirkan:
  • peperiksaan PT3 yang tinggal 2 minggu je lagi: aku risau dan sedih sbb rasa mcm x cukup persediaan utk pelajar2 3rk1 tu.. kesian diorg dpt cikgu mcm aku ni... bukan nk merungut tp ramai lg cikgu form3 yg dah berpengalaman sepatutnya ajar bdk2 ni.. aku terima je arahan..kalo tak, dh lama aku tolak kan.. tp bila dah dekat2 ngn exam besar ni lah aku rasa stress sgt sbb rasa mcm gagal nk menghasilkan pelajar2 yg cemerlang subjek sains.. aku cuma harapkan yg dh sedia bijak tu, dpt result yg sgt cemerlang nnt...dpt A.. yg sederhana dan lemah semuanya dpt cemerlang gak...dpt A jugak T_T huhuu.. apa yg mampu aku buat, dlm masa 2 minggu ni, aku nk pulun habis.. siapkan semua latihan model soalan yg dah diedarkan... ya Allah, bantulah dan permudahkan semua anak murid ku utk jwb soalan sains nnt..semoga A semuanya.. walaupun aku tak pandai ajar..tak mahir ajar..tak cukup ilmu nk ajar..kau gantikanlah dengan keikhlasan aku mengajar dan usaha yg tak seberapa ni utk hadiahkan mereka dgn keputusan yg cemerlang.. amin...
  • silibus bio form 4 tak habis lagi.. ni lagi menangis kalau difikirkan.. tahun ni aku ajar semua kelas top2.. kalau ade org nk komplen..sila lah komplen..tp sesungguhnya aku tak gembira.. T_T aku ajar kelas 5sains 2, 4 sains 1 dan 3 rk1... semuanya kelas depan2 yg perlu diambil perhatian dan sentiasa mendapat perhatian.. kena jaga ibarat membawa minyak dlm talam yg penuh..?!!! erkk.. mcm pelik je bunyi nye..ya.aku yakin pelik dan salah.. ok xde masa nk betulkan.. ok fokus di sini ialah kelas form 4.. sedikit info utk kelas form 4 ni.. 4sains1..aku ajar biologi..di dalamnya ialah batch yg terbaik dlm tempoh 5thn kebelakangan ni.. maknanya result pmr diorg tiptop la..dan aku sbg guru bio, wajib ke atas ku meneruskan ke'tiptop'an mereka.. aku harus memastikan mereka ramai2 dapat A+ dalam Bio (amin...insyaAllah..) dan kunci kejayaan di sini ialah aku harus memebri fokus dan usaha 200% ke atas mereka.. ye 200%! sooo.. dengan adanya tanggungjawab utk 3rk1 dan 5sains2, kau rasa fokus aku utk 4sains 1 ni mencecah ke tahap 200% tu?? got it?! ya..secara ikhlas, jujur dan rendah dirinya, aku tak mampu nk berikan fokus dan usaha 100% pada mereka... ya Allah.. ampunkan aku.. hutang aku pada pelajar ni mmg berbaul-bakul.. dan beberapa perancangan aku sedang rangka.. utk cover semula kesilapan dan kealpaan aku... semoga Allah grant them with kejayaan walaupun usaha cikgu mereka ni tak seberapa...insyaAllah..tahun depan aku cuba buat yg terbaik utk SPM diorg... amin... Ya Allah..pinjamkan aku kekuatanMu! 
  • SPM! - ya..ini adalah punca stress aku yg seterusnya... utk anak2 kesayangan di 5sains 2 ni, aku sgt2 harapkan kejayaan dr mereka.. ada yg aku harapkan dpt A, ada yg aku harapkan dpt lulus berkredit.. ada yg aku harapkan lulus 'je'.. ya aku tau harapan dan doa aku ni pelik2.. walaubagaimana pun, ofcoz lah aku doakan semuanya cemerlang cuma sbg cikgu mereka, aku kenal dan tau kemampuan mereka..dan usaha mereka.. aku harap2 yg liat2 tu lulus semuanya.. dr mula lg aku tak pernah salahkan mereka sbb tak pandai subjek ni.. sbb diorg mmg x mampu..dan dipaksa utk masuk kelas ni utk blajar subjek sains tulen.. diorg dah usaha nk mohon pindah dan tukar kelas..tp x dpt.. dan aku yg nasihat supaya bertahan.. jd aku harapkan mereka lulus dlm subjek2 ni.. semoga dgn usaha2 berterusan ni Allah hadiahkan dengan kemanisan buat mereka dan kami..
  • dan yang paling sedih utk aku saat ni ialah..aku kena berperang dgn perasaan sedih..terpaksa redho dan terima hakikat agar tidak menyesal melarat-larat.. ok apa ni.. mcm serious sgt je bunyinya.. sepatutnya hari ni..30 hb september, aku ada interview hlp utk biasiswa master utk cuti 2tahun bergaji penuh.. nampak mcm pakej melancong 2 thn kan.. cuma lpas 2 tahun wajib bwk balik skrol master.. ok mmg sounds great.. aku xtau pun yg shortlist utk interview hanya 13 org dr kalangan beratus n maybe beribu2 pemohon.. ok ..dah paham perasaan aku skarang.. ya.. menyesal tak sudah.. yg aku ralat ialah, walaupun aku dh fikir masak2 tentang pro n cons nye.. sepatutnya aku pergi je interview tu.. pertimbangan tu patut di buat selesas interview berjaya.. betul?? ok. kenapa aku tak pergi.. sebab aku tersangat sibuk dgn kerja aku kat sekolah.. ok mungkin ada org kata ni alasan aku.. tp lepas aku cerita tanggung jawab hakiki aku kt atas tu.. ditambah dgn benda2 lain yg  aku malas nk cerita, rasanya mmg patut lah aku x sempat nk menyiapkan diri utk pegi interview tu.. sedih..kecewa..menyesal dan menyesal.. :( mungkin kenapa Allah sibukkan aku hingga tak dpt pegi interview adalah disebabkan niat aku awal2 lg dh salah.. masa nk mohon hlp ni mmg masa tu niat dlm hati aku nk lari dr sekolah.. aku nk lari dr tanggung jawab.. nak lari dr kesibukan sekolah.. nak lari dr sistem pendidikan yg semakin menggila ni.. ya.. semuanya sbb nk melarikan diri. escapism.. sedikit sebanyak aku bersyukur sbb kalau aku berjaya belajar master dgn biasiswa ni.. mungkin keberkatan akan hilang sket sbb niat aku yg asal sbb nk 'lari'. jadi tindakan aku skarang ni ialah akan mohon sambung master jugak insyaAllah tahun depan.. dgn ainil... dia kekuatan aku skarang ni.. dan part time.. aku cabar diri aku.. nk sambung master bukan sbb nk 'lari' tp sbb nk jd the better me.. the better cikgu.. the better educator... dan nk buka minda lebih luas lg..tak nak berada di takuk lama selama-lamanya..insyaAllah.. Allah know me best insyaAllah.. Dia lebih kenal hambanya lebih dr segala2nya.. semoga keputusan yg aku buat ni adalah betul dan aku redho dgnnya..amin..mmg sedih tp aku tak boleh menyesal.. cuma perlu ubah dan perbaiki diri agar lebih redho dan berubah lillahi ta'ala.. demi Allah..demi Islam..demi Ummah..demi mak abah.. demi diri sendiri.. dan demi semua yg berada di sekeliling aku.. semoga kelak aku berjaya menyumbangkan sesuatu kpd Islam dan kpd ummah..insyaAllah..yaAllah..campakkan aku ke dalam lautan hamba2 mu yg soleh dan bertaqwa agar aku mendapat tempias dan pengaruh kesolehan mereka.. :(

Comments

Popular Posts