Kemunculan Semula 2013 ^^,



Assalamualaikum :) lama betul dah tak menjenguk ke sini.. bukan dah lupakan blog ni cuma kehidupan semakin busy dan berubah.. cehh mengalahkan kau tu keje ape je..padahal cikgu je kot.. hoi! Cikgu la busy gila..yeke?? hehe semua orang nak kata kerja masing2 paling busy..suka sangat ke busy?huhuhu.. actually memanglah agak busy jugak keje sebagai cikgu ni..tp aku xtau la kalau nak bandingkan ngan pekerjaan lain sbb aku tak penah pulak berkerjaya selain dari cikgu..ok. disebabkan tengah lama ‘eksyen’ ngn blog ni..mesti la kena rumuskan apekah yang terjadi dengan diri sendiri sebelum ni.. takde papepun yg berlaku.. bosan betul kan..orang lain ade yg melangkah 2 3 langkah ke hadapan..kahwin..beranak pinak..ade yg anak dh masuk dua org..tiga belum lg lah kot.. aku gembira je utk diorg..utk diri sendiri? Belum layak lagi huhehehehee..
Ok..selain citer pasal kawen2..mari kita citer pasal keje pulak.. best ke jd cikgu??? Ok..aku sekarang masih mengajar di sekolah yg mula2 aku posting dulu.. adekah aku akan pencen disitu??? Ohh mohon pada Allah..panjangkanlah umur dan kurniakan kesihatan utk merasa detik2 pencen dan dpt duit yg byk tu :p eh maaf..bukan mata duitan..Cuma kalau ade rezeki lebih..rase mcm2 boleh buat..terfikir utk mak abah je.. tp tiba2 terfikir.. masa tu umur aku dh 60thn..mak n abah ade lg tak mase tu?? T_T sedihnya..secara realistiknya..jarang dh jumpa org hidup lama sampai 80-90thn.. sedihnya kalau nk fikir..ok taknak fikir pasal tu! Tukar topic!
Ok..masih lg pasal kerjaya aku yg mulia ni hehe :)
Rasenye jadi cikgu ni memang menarik dan menggembirakan.. mungkin ade yg rasa mcm tak mencabar dan boring tp bg aku, cabaran tu kita boleh ciptakan sendiri.. aku ade je pilihan sama ada nak jd guru yg bersifat monotoni..eh betul ke penggunaan tu haha ayat nk mcm bagos..ok maksud aku, jd cikgu yg kehidupan rileks gila..kt skolah mengajar mcm nk taknak..abes masa mengajar cabut balik cepat2..cikgu2 mcm ni bukan hidup dia tak gembira..sbb bila blk sekolah dia ade kehidupan lain kt luar..dgn keluarga..kawan2..Cuma dia tak pilih utk bahagia dalam kedua-dua dunia.. bagi aku agak rugi la kalau aku memilih kehidupn guru yg mcm tu.. so setakat 3thn aku bergelar guru, rasenye banyak perubahan yg aku rasa..antaranya???
Ok dulu masa tahun pertama mengajar..atau pun bulan2 awal mengajar, aku belum menjiwai kehidupan sebagai guru..pernah satu ketika dulu aku rasa bosan gila jd cikgu sebab aku rase kehidupan yg sangat rutin dan tak berubah lgsg.. dan masa tu aku pelik bila tgk2 cikgu2 senior yg lain yg gembira ke sekolah.. sampaikan boleh nampak rasa sayang diorg kat sekolah..aku mmg pelik masa tu sbb aku mmg xde perasaan mcm tu lgsg2..huhu..pegi sekolah mengajar je bersungguh2 tp xde feel sgt..blk skolah rasa lega tp kdg2 malam2 tension memikirkan esok kena ke sekolah lg.. situasi mcm ni berlarutan sampai dekat 4-5 bulan kot..aku hanya rasa gembira bila masa nak gaji..sape2 pun mesti suka gaji kan..huhu.. tapi lama kelamaan aku pun tak sedar bila aku dh ade jiwa sbg guru..ntah tak sedar lgsg..aku hanyut je ngan kehidupan guru tu..sedar tak sedar aku dh 3tahun berkhidmat..alhamdulillah..walaupun belum dianugerahkan APC, (anugerah perkhidmatan cemerlang), dan aku takde la harapkan anugerah2 ni..tapi aku setakat ni berpuas hati dengan pencapaian diri sendiri…walaupun tidak sehebat guru2 yg lain, aku gembira sgt2 bila rase mcm diri ni ade menyumbang kepada murid2.. aku bukan org yg kreatif dan inovatif mcm guru2 cemerlang yg suka buat mcm2 program hebat2 tu..tp aku rasa 1 benda yg aku boleh sumbang kepada sekolah dan masyarakat ialah ilmu yg disampaikan kpd murid.. disebabkan rasa cintakan dgn subjek yg aku ajar iaitu BIOLOOOGIIIIIII :) jadi aku suka sangat buat kelas tambahan..haha..budak2 mmg mcm nk pengsan2 ngn kelas tambahan skolah..aku doakan budak2 ni dpt hasilnya lepas berhempas pulas pegi kelas tambahan tak kira hari cuti ke hari raya.. aku buat kelas bukan utk nk bangga atau nak tunjuk rajin..aku buat utk murid2 kesayangan.. so anak2 pertama kelahiran spm aku adalah batch 5sn1 2010..result walaupun tak cemerlang mcm skolah asrama penuh, tp aku dh bersyukur sgt dgn pencapaian diorg..bulan tiga ni pulak result utk anak2 spm kedua aku..harap2 result baik..kali ni anak2 aku dr kelas 5sn2..aku tak letak harapan tinggi dan tak realistic utk diorg…Cuma aku harap sgt semua paling kurang kredit utk subjek aku.. thn lepas ade 3org pelajar yg bermasalah sket..harap2 result diorg ok..bukan tak usaha utk tlg tp dh habis daya dh..huhuh.kita tunggu jela keputusan bulan 3 nnt..
Dan selain tentang mengajar..aku dah makin gembira dengan tugas2 di skolah..wlaupun kerja mmg banyak gila2..tp aku anggap mcm cabaran..bila selesai satu tugas, aku akan rasa gembira sgt2..Cuma adela beberapa perkara yg agak membebankan guru2…tu biarlah guru2 je yg tau sbb kalau bising2 pun masyarakat bukan nk faham..atau paling memahami pun diorg tunjukkan simpati..tp dasar pendidikan tetap sama.tak berubah..so guru2 masih menjadi mangsa keadaan..huhuhu..sedihhh.. so sekarang ni rasanya aku dh sepenuhnya merasakan guru dan skolah adalah sebahagian dari kehidupan aku.. :) 

Harapan aku…

  • nak jadi guru yg cemerlang.. bukan nk kejar title ‘guru cemerlang a.k.a GC.. Cuma nk bersikap cemerlang..

  • nak jadi guru biologi yg super power! InsyaAllah..

  • nak bergembira dengan kerjaya sebagai pendidik ni.

  • dan akhir sekali aku harap aku akan jadi guru yg bersifat seperti ‘penyapu baru’ sehinggalah aku pencen kelak.insyaAllah.. perkara ni tak mustahil sbb aku dah lihat dengan mata kepala aku sendiri, seorang guru yg sangat bersemangat sehingga ke detik2 terakhir berkhidmat sebagai guru di sekolah.. walaupun aku tak kenal dia masa dia muda, tp aku kenal dia masa thn2 terakhir dia nk pencen dan org yg mcm ni bila pencen, satu Melaka hargai dia.. aku bukan nak disanjungi..Cuma nk rasa yg aku betul2 dh jalankan amanah sbg guru dgn baik.. insyaAllah.. J


So..sebab itulah agak lama aku menyepi dari menulis blog..aku ambil masa utk memahami diri sendiri.. cewaahh haha ayat mcm poyo.. tp mmg betul.. jadi harap2 lepas ni aku rajin mencoratcoret disini sebagai bekalan di hari tua..utk mengimbas kembali memori daun pisang dikala rindu dengan zaman silam..huheheheheee..
Sekian.. caucincau!

Comments

Popular Posts