jalan kehidupan

cuba tengok gambar kat atas ni..
setiap orang mesti ada tafsiran masing2 kn..
bila aku tgk gambar ni..satu je yg aku terbayang..
rasa mcm sama plak ngn kehidupan aku skarang..
walaupun tenang je pemandangan sekitar perjalanan tu..
tapi kosong.. sama mcm apa aku rasa sekarang..
perjalanan hidup aku sangat panjang lagi..
sama mcm jalan raya dlm gmbr ni..
tp buat masa sekarang..perjalanan hidup aku mcm rutin..
perkara yang aku ulang hari-hari..
aku rasa mcm kosong je hari2..dari isnin sampai jumaat..
pergi sekolah balik sekolah..
blk rumah utk berehat dan buat persiapan utk keesokan harinya..
bila sabtu selalunya mesti ada hal kt skolah..kalo x program skolah..msti ada latihan dlm perkhidmatan..kalo x pun mesti ada kelas tambahan.. tinggal Ahad je hari rehat aku..
hari ni la nk mengemas..hari ni la membasuh..hari ni la nk menggosok baju..
hari ni la nak siapkan nota + abm.. hari ni la nk bwk mak pegi beli barang rumah..
semua pun nak setelkan hari ni.. mana pulak hari aku nak bersantai-santai??
bila pulak hari aku nak cari kwn2 nk lepak2..borak2.. cerita itu ini nk lupakan jap kisah bosan yg berulang 6 hari tu???
kesian jugak aku ni kn..maka aku pun berfiki2 semula.. apa dan mana silapnya sampai aku boleh rasa bosan dan mcm dah muak ngn kehidupan hari2 yg mcm ni..
akhirnya aku dapat senaraikan apa seba musabab sampai aku rasa perjalanan hidup aku sama mcm kat atas ni.. rasanya agak kejam dan semuanya berpunca dari diri sendiri TAPI aku sentiasa alasannya!
pertama..aku rasa bosan dan rasa kehidupan berulang2 sebab aku masih belum 100% menerima hakikat yang aku dah kerja..kerja sebagai guru yang mmg sampai pencenlah aku akan berhadapan dengan murid2..guru2 lain dan pengetua..nasib BAik sket..ngan ibu bapa..semua ni amat kontra ngan kehidupan aku sblm ni yg bebas dan enjoy.. asalkan boring boleh pegi sana sini.. masa hari2 pun tak terikat mcm masa kerja..agak kejam bila hari2 aku blk sekolah lmbt..petang br blk.. so yg pertama..aku belum menjiwai tugas aku sbg guru dan jugak belum bersedia sepenuhnya utk menggalas tanggungjawab besar ni..
kedua..sekarang ni aku dah abis study..dah setahun pun abes..maka zaman aku duduk asrama yang hampir sepuluh tahun dulu dah tamat..aku dah biasa dgn kehidupan bebas ngn kwn2..isk mcm teruk plak bunyi nye..tp sape2 pun paham.. bila duduk ngn ibu bapa.. automatically segala tanggung jawab dlm keluarga tu kita akan ambil.. dan aku rasa agak penat nak biasakan diringan situasi baru ni sbb dari dulu aku hanya tau nak menguruskan diri sendiri..kadang2 rasa mcm nk merungut..tapi x mungkin la kn..nnt kecik hati mak ngan abah..ok..yg ni mmg salah aku jugak..maka..cepat2 la aku kena biasa kan diri ngn keadaan ni..
ketiga..aku banyak alasan.. org yg gagal ialah org yg suka bg alasan instead of cuba menyelesaikan masalah yang dah bermula.. tau..tau..tau..ok bukan nk bg alasan byk2 tp kdg2 bila kepala otak dah wengg sket mmg la tak nak salah kan dri sndiri kan.. mesti nak tuding jari kat sesape.. apa2 pun aku sedang berusaha! berusaha nk menjiwai watak aku sekarang.. cuma mcm rasa nk isi borang tukar skolah je.. aku rasa jiwa aku tak sesuai ngn bdk2 skolah tu.. erk..boleh ke cmtu?? entahla..

Comments

Popular Posts