Manisnya hidup selepas hilangnya pahit.
Salam :) hari Jumaat memang lemak berkrim disukai
ramai..termasuklah cikgu cikgi sekalian.. hari ni pulak jadual kelas habis
awal..10.20 dah settle..hehe..dan hari ni pulak anak-anak sekalian semua baik2
belaka..takde buat perangai yg menyebabkan cikgu naik angin dan
sebagainye..hehe jadi cikgu pun mood ok lah dr pagi sampai la nak balik skolah
ladi 20mnt ni..huhuhu..kadang2 terfikir jugakaku ni mcm kategori cikgu emo ke??
bila budak buat perangai pagi2.mood akan down sampai la ke penghabisan waktu
sekolah..kesian anak2 yg kelas hujung2 ngn aku..tgk muka cikgu mcm dah ade aura
berapi je..hohohoo tp biasanye aku jarang naik angin..dan jarang nk marah
lama2..actualy aku ni tak pandai nk marah lama2..kadang2 tu teringin gak nk jd
pendendam..haha apekah??? ko gilo ko apo cik maiyah?? bukan ape..kadang2 mase
tengah marah tu, cakap mmg brutal habis..org dengar pun naik gerun..konon2 mmg
takde maaf bagimu la kt org yg buat aku marah tu..kira mcm putus hubungan
sampai bila2 la..kira mcm 'kalo ko nk gigi bersepai, berani la tunjuk muka
depan aku lagi'..haha tapi ale2..lepas 2 3 4 5 hari, aku dh cool...boleh plak
aku beramah mesra bersuka ria dgn org yg aku hamun tu.hahahhaaa sngat la hipokrit
poyo kn??? hehhee malu tau ade sifat cmni..tp yg baiknye aku tak de la dendam2
ngn org..dendam2 ni berdosa tau..huhuhu
balik smula kpd niat yg sebenar..sbnrnye baru je
lepas berbual ngn sorg anak murid.. anak murid aku ni bg aku sgt
special..special sbb mcm2 faktor..dan aku agak kagum dan malu utk membandingkan
diri aku masa umur sebaya dengan dia.. pengalaman hidup peribadi dia yg
menjadikan dia matang dan berfikir ke hadapan.. ye mmg sgt betul mcm org salu
kata..kadang2 Allah hilangkan matahari dan gantikan dengan hujan..tapi jangan
bersedih..sebab Allah akan hadiahkan pelangi bila hujan berhenti.. bagi aku, kisah
hidup dia mcm tu jugak lah.. keluarga dia diuji dengan pelbagai dugaan..dan
sesungguhnya aku kagum dengan seluruh ahli keluarga dia sbb sangat2 tabah
dengan ujian yg bertimpa-timpa.. terbayang pulak masa keluarga aku ditimpa
musibah sbb abah jatuh sakit dan terpaksa berhenti kerja.waktu tu fikiran
rungsing tak tau nk fikir mcm mana sampai rasa mcm masa depan dh gelap..sampai
rasa berharap bila bangun tidur, semua dugaan tu hilang..semua tu mimpi je..
sedih jangan ckp lah..tp sesedih-sedih aku, mak ngn abah lg sedih sbb dia
memikul tanggungjawab nk menghidupkan lagi 6 nyawa yg baru nk belajar erti
kehidupan..dan alhamdulillah..Allah maha adil.. lepas beri ujian yg berat bagi
kami, Allah tarik semula ujian satu persatu sehingga ringan bebanan di bahu.. subhanallah.ahamdulillah..allahuakbar!
semua tu memberi pengalaman kpd kami.. pengalaman hidup yg pahit utk diharungi
tapi manis utk dikenang.. ok berbalik kpd cerita anak murid aku, memang sedih
kalau nk dibayangkan..bagi aku, dia sekarang tengah melalui fasa ujian
getir..namun Allah tetap maha adil sbb dah ringankan sedikit-demi sedikit
bebanan mereka.. mcm mana??? meh nk citerr harap2 suatu hari nnt lepas anak
murid aku dh besar dan adik2nya dah berjaya, aku akan ceritakan kisah hidup
mereka kpd anak2 murid yg lain.. utk dijadikan pedoman dan panduan..
anak murid aku ni berumur 17tahun..pelajar
tingkatan 5.. di sekolah ni dia ade adik 2 org.. ujian mereka sekeluarga datang
1 persatu.. adik beradik mereka 10org.. abang yg sulung menghidap kanser tulang
di bahagian tulang belakang..dan menjadi lumpuh selepas dbedah oleh doktor..dia
cakap kesialapan doktor yg menyebabkan dia lumpuh..wallahua'lam.. dan hingga
sekarang, dia lumpuh separuh badan..terpaksa pakai lampin pakai buang utk
urusan membuang air..dan urusan abg sulung dijaga oleh adiknya yg juga anak
murid aku berumur 14thn tu..besar pahala dia..semoga Allah membalas
pengorbananmu dengan hadiah yg manis..
abang yang kedua pula menghidap haemofilia begitu
juga adik yg bongsu.. jadi kedua2 anak ni harus digaja rapi oleh si ibu..kerap
berulang alik ke hospital utk mendapatkan rawatan..namun, abg kedua ini telah
berjaya menamatkan pelajaran di universiti dan kini menyara keluarga..juga
dibantu oleh kakak sulung yg bekerja sbg jururawat..alhamdulillah..
adik mereka yg berumur 15thn tidak
bersekolah..menurut mereka, dia menghidap autisme.
dan sekarang ayah mereka baru sahaja berhenti
kerja disebabkan salur darah di mata telah pecah..
walaupun pelbagai ujian menimpa dlm keluarga
ni..tp anak murid aku ni sgt cekal...langsung tak malu nk ceritakan kisah hidup
dia kt cikgu dia..dan ujian ni yg membuatkan dia semakin tabah dan bersungguh2
belajar..dengan segala keikhlasan yg ade, aku doakan semoga dia berjaya dengan
cemerlang.. dan dapat membantu keluarganya kelak...semoga ibu dan ayag dia
dipanjangkan umur utk merasa kemanisan hidup yg diberi oleh anak2 selepas
bersusah payah membesarkan 10nyawa dalam serba kekurangan namun tidak merampas
hak anak2 utk belajar..sedikit pun mereka tidak membantutkan hak bersekolah
anak2 mereka..malah sangat mengambil berat..tak pernah ibunya gagal hadir utk
bertemu guru di majlis perjumpaan ibu bapa.. semoga Allah merehmati mereka
sekeluarga.. [^^,]
Comments